Selasa, 22 Januari 2013

LATIHAN

Uji minda pengurusan: Tajuk 1.1 dan 1.2
1.      Merujuk kepada kemahiran untuk berfikir dan menganalisis sesuatu masalah atau situasi dengan baik. _______________________
2.      Prinsip pengurusan yang mempunyai ciri memilih dan melatih pekerja secara saintifik. Prinsip asas ini dinyatakan oleh tokoh dalam pengurusan saintifik. _____________
3.      Merujuk kepada kecekapan dan kebolehan khusus yang dimiliki oleh seseorang pengurus dlm bidang pengetahuan dan aktiviti yang melibatkan penggunaan kaedah, proses dan tatacara._______________________
4.      Ahli sosiologi yang telah memperkenalkan konsep birokrasi . ________________
5.      Dikenali sebagai bapa pengurusan moden yang mengenalpasti 14 prinsip pengurusan terbaik. ____________________
6.      Pengurus yang berperanan memantau perkembangan yang berlaku di persekitaran dalaman dan luaran. ___________________
7.      Pendekatan yang menggunakan maklumat berangka. ___________________
8.      Sistem yang berfungsi dalam situasi yang stabil. ________________
9.      Merujuk kepada kebolehan untuk mewujudkan perhubungan yang baik sesama manusia. ___________________
10.  Sistem yang berfungsi dalam situasi yang fleksibel. ____________________
11.  Salah satu cabang dalam pendekatan klasikal yang mempunyai kaitan dengan birokrasi. __________________birokrasi
12.  ________________ pentadbiran yang menitikberatkan proses pentadbiran yang berkesan melalui amalan pengurusan yang terbaik.
13.  Seorang penyusun batu bata bersama isterinya  telah menjalankan kajian mengenai pergerakan semasa bekerja. ___________________
14.  Pendekatan ini menekankan kepentingan penggunaan Teori Kontigensi dalam pengamalan pengurusan. _________________________
15.  Teori pengurusan yang melibatkan penggunaan kaedah statistik dan matematik untuk menjalankan aktiviti pengurusan harian seperti kawalan inventori dan kawalan kualiti.
___________________