Uji minda pengurusan: Tajuk 1.1 dan 1.2
1. Merujuk kepada kemahiran untuk berfikir dan menganalisis sesuatu masalah atau situasi dengan baik. _______________________
2. Prinsip pengurusan yang mempunyai ciri memilih dan melatih pekerja secara saintifik. Prinsip asas ini dinyatakan oleh tokoh dalam pengurusan saintifik. _____________
3. Merujuk kepada kecekapan dan kebolehan khusus yang dimiliki oleh seseorang pengurus dlm bidang pengetahuan dan aktiviti yang melibatkan penggunaan kaedah, proses dan tatacara._______________________
4. Ahli sosiologi yang telah memperkenalkan konsep birokrasi . ________________
5. Dikenali sebagai bapa pengurusan moden yang mengenalpasti 14 prinsip pengurusan terbaik. ____________________
6. Pengurus yang berperanan memantau perkembangan yang berlaku di persekitaran dalaman dan luaran. ___________________
7. Pendekatan yang menggunakan maklumat berangka. ___________________
8. Sistem yang berfungsi dalam situasi yang stabil. ________________
9. Merujuk kepada kebolehan untuk mewujudkan perhubungan yang baik sesama manusia. ___________________
10. Sistem yang berfungsi dalam situasi yang fleksibel. ____________________
11. Salah satu cabang dalam pendekatan klasikal yang mempunyai kaitan dengan birokrasi. __________________birokrasi
12. ________________ pentadbiran yang menitikberatkan proses pentadbiran yang berkesan melalui amalan pengurusan yang terbaik.
13. Seorang penyusun batu bata bersama isterinya telah menjalankan kajian mengenai pergerakan semasa bekerja. ___________________
14. Pendekatan ini menekankan kepentingan penggunaan Teori Kontigensi dalam pengamalan pengurusan. _________________________
15. Teori pengurusan yang melibatkan penggunaan kaedah statistik dan matematik untuk menjalankan aktiviti pengurusan harian seperti kawalan inventori dan kawalan kualiti.
___________________
Tiada ulasan:
Catat Ulasan